Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Sabtu, 28 April 2012

DUIT MALAYSIA BARU 2012

DUIT KERTAS 2012


DUIT SYILING 2012


PENGURUSAN KEWANGAN SECARA EFEKTIF

Ramai orang yang memandang ringan atau mengambil mudah tentang pengurusan kewangan yang baik. Sebenarnya pengurusan kewangan adalah penting walau sebanyak mana sekalipun pendapatan kita.

Menguruskan wang dengan baik membolehkan impian tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak ataupun untuk merancang persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan pengetahuan mengurus hal kewangan dengan betul. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil bagi memulakan perancangan kewangan anda.

LANGKAH SATU – Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Menentukan matlamat kewangan dapat membantu kita mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang kita rancangkan dengan wang yang ada dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong kita berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat itu tercapai.

Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, pelajaran anak-anak, percutian, persaraan dan perbelanjaan perubatan.

Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu kita untuk mengurus wang dengan lebih berhemat. Matlamat kewangan boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada kita agar terus membuat perancangan kewangan yang baik.

Matlamat kewangan anda boleh dibahagikan kepada tiga peringkat :
1. Matlamat Jangka Pendek
Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian
2. Matlamat Jangka Sederhana
Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer
3. Matlamat Jangka Panjang
Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah dan menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi

Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda. Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan.

Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Ini kerana beberapa faktor perlu diambil kira seperti usia, jumlah pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan

LANGKAH DUA – Menjejaki ke Mana Perginya Wang Anda

Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan baik , matlamat anda akan lebih mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda.

Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda. Dengan ini anda akan mengetahui:
• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan.

LANGKAH TIGA – Menilai Cara Anda Berbelanja

Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan.

Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan seperti :
• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu atau tidak perlu membelinya

Oleh itu, bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.


LANGKAH EMPAT – Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda

Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula.

Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda. Berikut adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:
a. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
b. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
c. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)
d. Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda, maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda.
e. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu.

Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamat sebenarnya dapat membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan pada masa sekarang dan akan datang.

7 Fakta tentang kewangan


  1. Menetapkan matlamat kewangan adalah penting untuk memperoleh jaminan hidup dankebebasan kewangan. 
  2. Matlamat kewangan hendaklah ditulis secara spesifik kemudian dikategorikan kepada matlamat jangka masa pendeksederhana dan panjang.
  3. Menabung untuk dana kecemasan hendaklah menjadi satu daripada matlamat kewangan anda.
  4. Kunci kira-kira peribadi menunjukkan aset dan liabiliti serta nilai harta bersih anda pada sesuatu masa          tertentu.
  5. Matlamat kewangan anda harus mencerminkan nilai dan kepercayaan anda. 
  6. Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai anda merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan kesabaran, disiplin dan fleksibiliti.
  7. Adalah sangat penting untuk hidup mengikut kemampuan anda.

KEWANGAN

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu.


Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan Pada zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya, zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini. Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik. Apa Itu Kewangan Pada zaman sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk. Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur. Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil.
Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

suka blog ni tak ?