1. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, jadi kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam memang boleh jimat kalau hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalau keluar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya mana-mana.
Jika keluar hujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalau sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.
2. Semak bil utiliti bulanan anda
Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil-bil utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa-apa langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalau rasa astro atau langganan majalah hiburan boleh dihapuskan, better
buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau
tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok-elok, kalau ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula. Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lama-lama.
3. Jimat eletrik & air
Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalau nak jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat-alat pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Macam seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan eletrik setiap hari. Begitu juga dengan aircond, kalau nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalau tak, peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalau tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc bila tak digunakan.
Monitor CRT lebih banyak makan eletrik dari LCD. So bila guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi exercise bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalau kotor kenalah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.
4. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya rakan saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist Center dan sebagainya.
Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !
5. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’
Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak digunakan boleh lelong atau jualnya di mana-mana online auction. Contohnya macam rakan saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my . Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.
6. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest
tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi
peraduan yang ditawarkan.
7. Beli domain & hosting masa promosi
Jika anda ingin membuat web atau blog anda sendiri, pilih dan belilah semasa promosi diadakan. Anda juga boleh beli di namecheap.com atau hostgator.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon
harga terendah.
8. Dial Up vs Streamyx
Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM 90 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.
Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat bisnes online part time.
9. Bayar Bil Online
Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz, CIMB Clikcs dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak keluar pergi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.
10. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalau setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.
Ahad, 17 Jun 2012
Cara Kurangkan Cukai / Pelepasan Cukai
Nak elak dari kena bayar cukai? Tak boleh kawan kalau anda dah layak kena bayar. Cuma anda boleh kurangkannya dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN:
Antaranya ialah:
1. Zakat
Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.
2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.
3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA, MERCY dan banyak lagi
5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.
6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.
7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.
8. Pembelian barangan sukan. Pelepasan cukai maksimum RM300
9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.
10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.
11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)
12. Beli hartanah yang bernilai RM 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000
.
13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.

Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.
Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.
50 sen – Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.20 sen – Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.10 sen – Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.5 sen – Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.
Fakta menarik tentang duit syiling malaysia siri ke 3
Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Selasa, 1 Mei 2012
Antara Kesilapan Besar Pengurusan Wang
JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.
Gagal Merancang:
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan’ akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
Berbelanja Melebihi Kemampuan:
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.

Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit:
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
Lewat Menabung Untuk Hari Tua:
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara.
Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian:
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan

Katakan TIDAK Kepada “Cepat Kaya”
Pada pandangan pertama, ramai yang tahu untuk katakan ‘TIDAK’ kepada skim-skim cepat kaya. Tetapi, pada hakikatnya masih ramai yang terjerat dengan kata-kata manis sehinggakan menarik mereka ke dalam skim-skim sebegini.
“Skim cepat kaya” sudah tentu pada zaman ini tidak lagi dinamakan sebegitu. Berbagai-bagai nama lain diberikan dan berbagai-bagai juga alasan digunakan seperti “ini bukan skim cepat kaya.. tetapi pendapatan anda akan berlipat kali ganda dengan pantas dan mudah!” Maaf, saya telah baca beratus buku kewangan dan kekayaan., tetapi..
Sememangnya TIADA CARA untuk memperolehi wang yang banyak dengan mudah!
Fikirkan ini berkali-kali sekiranya seseorang menghampiri anda dan mengatakan bahawa mereka boleh melipatgandakan kewangan anda dengan mudah dan cepat. Kaedah ini tidak wujud!
Jangan lupa, jika wang yang anda laburkan lenyap dalm skim-skim sebegini, bukan sekadar ‘wang’ sahaja yang lebur. Tetapi masa anda bertahun-tahun untuk memperolehi wang tersebut juga LEBUR!!
Tanda-Tanda Mengalami Masalah Kewangan
Mendisiplinkan diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.
Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu.
Jika berdepan masalah seperti itu ia adaah petanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda.
Adalah lebih baik jika mengetahui anda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik.
Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.
1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk perceraian.
2. Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.
Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.
Gaji bersih bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.
Ini bermakna jika gaji bersih sebulan adalah RM3,000 , maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan.
Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk perbelanjaan membesarkan anak-anak.
Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancing, hiburan, makan di luar dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.
3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.
Jika anda mendapati baki kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang seterusnya menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.
4. Hanya membayar bayaran minimum.
Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar sejumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.
5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang makin tertunggak.
Membayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban kewangan anda.
6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.
Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara-mara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.
7. Tidak dapat tidur malam.
Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang.
Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Sabtu, 28 April 2012
PENGURUSAN KEWANGAN SECARA EFEKTIF
Ramai orang yang memandang ringan atau mengambil mudah tentang pengurusan kewangan yang baik. Sebenarnya pengurusan kewangan adalah penting walau sebanyak mana sekalipun pendapatan kita.
Menguruskan wang dengan baik membolehkan impian tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak ataupun untuk merancang persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan pengetahuan mengurus hal kewangan dengan betul. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil bagi memulakan perancangan kewangan anda.
LANGKAH SATU – Menentukan Matlamat Kewangan Anda
Menentukan matlamat kewangan dapat membantu kita mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang kita rancangkan dengan wang yang ada dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong kita berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat itu tercapai.
Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, pelajaran anak-anak, percutian, persaraan dan perbelanjaan perubatan.
Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu kita untuk mengurus wang dengan lebih berhemat. Matlamat kewangan boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada kita agar terus membuat perancangan kewangan yang baik.
Matlamat kewangan anda boleh dibahagikan kepada tiga peringkat :
1. Matlamat Jangka Pendek
Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian
2. Matlamat Jangka Sederhana
Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer
3. Matlamat Jangka Panjang
Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah dan menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi
Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda. Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan.
Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Ini kerana beberapa faktor perlu diambil kira seperti usia, jumlah pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan
LANGKAH DUA – Menjejaki ke Mana Perginya Wang Anda
Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan baik , matlamat anda akan lebih mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda.
Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda. Dengan ini anda akan mengetahui:
• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan.
LANGKAH TIGA – Menilai Cara Anda Berbelanja
Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan.
Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan seperti :
• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu atau tidak perlu membelinya
Oleh itu, bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.
LANGKAH EMPAT – Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda
Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula.
Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda. Berikut adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:
a. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
b. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
c. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)
d. Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda, maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda.
e. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu.
Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamat sebenarnya dapat membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan pada masa sekarang dan akan datang.

7 Fakta tentang kewangan
- Menetapkan matlamat kewangan adalah penting untuk memperoleh jaminan hidup dankebebasan kewangan.
- Matlamat kewangan hendaklah ditulis secara spesifik kemudian dikategorikan kepada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
- Menabung untuk dana kecemasan hendaklah menjadi satu daripada matlamat kewangan anda.
- Kunci kira-kira peribadi menunjukkan aset dan liabiliti serta nilai harta bersih anda pada sesuatu masa tertentu.
- Matlamat kewangan anda harus mencerminkan nilai dan kepercayaan anda.
- Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai anda merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan kesabaran, disiplin dan fleksibiliti.
- Adalah sangat penting untuk hidup mengikut kemampuan anda.
KEWANGAN
Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu.
Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan Pada zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya, zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini. Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik. Apa Itu Kewangan Pada zaman sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk. Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur. Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil.

Langgan:
Catatan (Atom)