Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Ahad, 17 Jun 2012

10 Cara Jimat Duit

1. Rancang perjalanan & jimat petrol

Sekarang ni petrol dah mahal, jadi kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam memang boleh jimat kalau hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalau keluar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya mana-mana.
Jika keluar hujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalau sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

2. Semak bil utiliti bulanan anda

Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil-bil utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa-apa langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalau rasa astro atau langganan majalah hiburan boleh dihapuskan, better
buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau
tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok-elok, kalau ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula. Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lama-lama.

3. Jimat eletrik & air

Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalau nak jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat-alat pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Macam seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan eletrik setiap hari. Begitu juga dengan aircond, kalau nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalau tak, peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalau tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc bila tak digunakan.
Monitor CRT lebih banyak makan eletrik dari LCD. So bila guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi exercise bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalau kotor kenalah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

4. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya rakan saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist Center dan sebagainya.
Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !

5. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’

Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak digunakan boleh lelong atau jualnya di mana-mana online auction. Contohnya macam rakan saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my . Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.

6. Guna Kad Kredit dengan Bijak

Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest
tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi
peraduan yang ditawarkan.

7. Beli domain & hosting masa promosi

Jika anda ingin membuat web atau blog anda sendiri, pilih dan belilah semasa promosi diadakan. Anda juga boleh beli di namecheap.com atau hostgator.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon
harga terendah.

8. Dial Up vs Streamyx

Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM 90 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.
Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat bisnes online part time.

9. Bayar Bil Online

Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz, CIMB Clikcs dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak keluar pergi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

10. Berhenti Merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalau setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.

Cara Kurangkan Cukai / Pelepasan Cukai

Nak elak dari kena bayar cukai? Tak boleh kawan kalau anda dah layak kena bayar. Cuma anda boleh kurangkannya dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN:
Antaranya ialah:

1. Zakat
Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.

3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA, MERCY dan banyak lagi

5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.

6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.

8. Pembelian barangan sukan. Pelepasan cukai maksimum RM300

9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.

10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

12. Beli hartanah yang bernilai RM 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000
.
13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.

Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.


50 sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5 sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.

Fakta menarik tentang duit syiling malaysia siri ke 3

Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

suka blog ni tak ?